Kebuntingan dan seperinduk Pembiakan_anjing

Seekor anjing baka kacuk bunting.Seekor anjing liar dari Sri Lanka menyusui empat ekor anaknya yang masih ada.

Kebuntingan pada anjing ialah 63 hari panjangnya, sekiranya diukur dari hari pengovuman. Kerana kesusahan untuk menentukan tarikh tepat pengovuman, ralat kerap dilakukan dalam mengira tempoh kebuntingan.[13] Sperma anjing boleh hidup selama 10 hingga 11 hari di dalam saluran rahim (tiub Fallopio) maka sekiranya anjing betina dibiakbakakan 10 hari sebelum oosit (telur) boleh disenyawakan, ia akan kelihatan mempunyai panjang tempoh kebuntingan 70 hari. Sekiranya ia dibiakbakakan pada hari oosit boleh disenyawakan, panjang tempoh kebuntingannya kelihatan merupakan 60 hari.

Satu petua am ialah mamalia akan menghasilkan sebanyak separuh jumlah anak daripada bilangan puting pada ibunya. Petua ini diubah suai pada haiwan bela jinak kerana seperinduk lebih besar lebih dipilih untuk sebab ekonomi dan pada anjing, terutamanya, julat besar saiz dan bentuk memainkan peranan dalam bilangan anak anjing sihat yang boleh dibuntingkan oleh anjing betina. Anjing betina biasanya mempunyai 10 puting, tetapi ini tidak bererti ia boleh menyediakan nutrisi secukupnya untuk 10 ekor anak anjing dalam seperinduk.

Seperinduk purata terdiri daripada lima hingga enam ekor anak anjing, sungguhpun bilangan ini mungkin berlainan dengan besar berdasarkan baka anjing. Saiz baka berkorelasi dengan saiz perinduk. Baka kecil berpuratakan tiga hingga empat ekor anak anjing dalam setiap perinduk, dengan saiz perinduk maksimum kira-kira sebanyak 5–8 ekor. Baka besar pula berpuratakan 7 ekor anak anjing seperinduk tetapi boleh mempunyai saiz perinduk maksimum kira-kira 15 ekor.[14] Dalam satu kajian, anjing belakang permatang Rhodesia mempunyai saiz perinduk purata tertinggi dengan 8.9 ekor anak anjing seperinduk sementara anjing Pomerania dan pudel mainan mempunyai yang terendah dengan 2.4 ekor anak anjing seperinduk.[14]

Bilangan anak anjing juga berlainan dengan umur ibu. Pada baka lebih kecil, kedua-dua umur muda dan tua berkaitan dengan saiz perinduk lebih kecil. Pada baka lebih besar, hanya umur tua berkaitan dengan saiz perinduk lebih kecil.[14] Penggunaan permanian beradas juga berkaitan dengan saiz perinduk lebih kecil, dengan air mani beku mempunyai kesan lebih kuat daripada air mani segar.[14]

Sesetengah baka telah dikembangkan untuk menekankan ciri fizikal tertentu melebihi titik yang melibatkan baka boleh membuntingkan seperinduk dengan selamat sendiri.[petikan diperlukan]

Satu kajian berskala besar di Norway menunjukkan bahawa pada semua baka, lebih kurang 4% anak anjing akan lahir mati dan 4% lagi akan mati dalam minggu pertama (mortaliti neonatal awal). Antara 8 hari dengan 8 bulan, 1% akan mati. Saiz seperinduk, saiz baka dan umur anjing betina berkaitan dengan risiko meningkat. Baka berisiko tinggi untuk lahir mati termasuk dogue Bordeaux (14.2%), anjing Santo Bernard (12.3%), chow chow (12.1%), corgi Wales Pembroke (11.7%) dan anjing Dalmatia (10.6%). Basenji, greyhound Itali, terier Australia, terier gandum berbulu lembut Ireland dan bichon Havana mempunyai sedikit hingga tiada lahir mati (0–0.6%). Baka berisiko tinggi untuk mortaliti neonatal awal termasuk anjing belakang permatang Rhodesia (11.6%), dogue Bordeaux (10.4% ), anjing Dalmatia (8.8%) dan anjing gembala Iceland (8.7%) sementara basenji dan terier Tibet tidak mempunyai mortaliti neonatal awal dan terier sempadan dan anjing ladang Denmark-Sweden mempunyai <1% mortaliti neonatal awal.[15]

Sebab biasa mortaliti neonatal awal ialah jangkitan bakteria, asfiksia janin dan sindrom anak anjing melemah. Sebab lain mungkin termasuk eutanasia pilihan kerana kecacatan kongenital atau kegagalan untuk mengakuri piawaian baka.[15]

Kajian pelbagai baka lain telah meletakkan kadar lahir mati pada 6.5–7% dan mortaliti neonatal awal pada 11.5–19.8%.[15]

Rujukan

WikiPedia: Pembiakan_anjing http://www.askabreeder.com/Dog+Gestation+Calculato... http://dogtorj.com/main-course/neutering-misconcep... http://google.com/books?id=Pn4jHskZ7F0C&pg=PA256 http://google.com/books?id=Pn4jHskZ7F0C&printsec=f... http://google.com/books?id=bgZwjdB4xgEC&pg=PA407 http://books.google.com/books?ei=6aoWUajBFcSZ0QGir... http://books.google.com/books?id=CWPXxTSPrkwC&pg=P... http://books.google.com/books?id=OpzJH-s3sYcC&prin... http://books.google.com/books?id=VxK4KWrGn2cC&pg=P... http://books.google.com/books?id=tmFJ1LhbVWcC&prin...